Sebagai langkah bagi mengukuhkan program latihan Program ASP di peringkat negeri, satu Mesyuarat Penyelarasan Manual Latihan telah diadakan seperti berikut :
Tarikh : 18 September 2013
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Dahlia, MSNM
Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Cawangan Pelapis antara lain membincangkan berkaitan keperluan mewujudkan manual asas latihan bagi dipraktikkan oleh semua jurulatih program ini di peringkat negeri. Mesyuarat ini juga turut menjemput wakil dari Cawangan Kejurulatihan MSNM. Sebagai permulaan 4 panel jurulatih bagi sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga telah dilantik dan akan merangka manual asas yang akan melibatkan 6 komponen iaitu :
1 ) Pengenalan Sukan
2 ) Latarbelakang / Sejarah Sukan
3 ) Komponen Asas TID
4 ) Komponen Asas Kecergasan
5 ) Teknik Asas Latihan
6 ) Aspek Pertandingan
Diharapkan dengan gerak kerja bagi penyediaan manual asas latihan ini akan dapat mengukuhkan pelaksanaan program ini di peringkat negeri.
Monday, September 23, 2013
Thursday, September 5, 2013
MAKLUMAT AFTER SCHOOL PROGRAM 2013
Program
' After School Program ' yang berfungsi sebagai program penggalakan sukan di
peringkat akar umbi diteruskan pada tahun 2013. Program yang diperkenalkan pada
tahun 2012 ini mirip kepada program pembangunan sukan yang digunapakai di
Australia. Melalui konsep ini Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) di seluruh
negara akan bertindak sebagai pelaksana bagi memastikan PLN sedia ada tidak
ketandusan bakat - bakat baru. Pelaksanaan program pada tahun 2013 akan bermula
dari Bulan Jun sehingga Disember 2013 yang akan melibatkan 6 sukan, 38 pusat
latihan, 42 lantikan Jurulatih Separuh Masa ( JSM ) dan jumlah pendaftaran
atlet ialah sebanyak 499 orang yang melibatkan pecahan 256 orang atlet lelaki
dan 243 orang atlet wanita.Berikut ialah merupakan butiran program bagi tahun
2013 :
Monday, November 26, 2012
HARI KELIMA KEM 'AFTER SCHOOL PROGAM' 2012
Salam
Bagi hari kelima Kem 'After School Program 2012', semua atlet menjalani ujian yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih sukan masing - masing. Ujian dijalankan selama 2 sesi iaitu 8.00am hingga 10.00 am dan 10.30am hingga 12.30pm. Pada sebelah petang, bermula jam 4.30pm hingga 6.00pm aktiviti telematch dijalankan di bawah kendalian instruktor luar. Pada mulanya aktiviti ini dijalankan di trek latihan olahraga tetapi memandangkan cuaca tidak mengizinkan, aktiviti ini dipindahkan di dalam Dewan Utama.
Selesai aktiviti telematch, sesi penyampaian hadiah diadakan sebagai penutup kem ASP 2012 kerana atlet - atlet dari negeri Kedah dan Kelantan akan bergerak pulang. Bagi sesi penyampaian hadiah, pemenang bagi setiap sukan diumumkan dan johan bagi aktiviti berkumpulan. Berikut adalah senarai nama pemenang:
Individu
1. Angkat Berat - Mohd Akmal Shazren
2. Berbasikal - Zulhilmi Hadi
3. Memanah - Nursyahirah Nadia
4. Olahraga - Mohd Alif Alfian
Kumpulan:
1. Kumpulan Jaguar
2. Kumpulan Cheetah
3. Kumpulan Tiger
Sekian, terima kasih.
HARI KEEMPAT KEM 'AFTER SCHOOL PROGRAM' 2012
Salam
Hari keempat bermula dengan rutin seperti biasa iaitu perhimpunan pagi. Latihan mengikut sukan masing - masing sebanyak 3 sesi bermula pada 8.30am sehingga 10.00am, 10.30am hingga 12.30pm dan 2.00pm hingga 4.00pm.Bagi sesi 4.30pm - 6.30pm pula bergantung kedapa Ketua Jurulatih masing - masing samada mahu menjalankan aktivti movement games atau memberi peluang kepada atlet untuk berehat memandangkan keesokan hari mereka akan menjalani ujian.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, November 20, 2012
HARI KETIGA KEM 'AFTER SCHOOL PROGRAM' 2012
Salam
Permulaan hari ketiga bermula dengan aktiviti setiap pagi iaitu perhimpunan pagi seawal jam 6.30am ini bagi bertujuan mendisplinkan atlet yang selain itu dapat menanamkan semangat cintakan negara. Selepas sarapan pagi atlet - atlet menyambung kembali aktiviti multilateral iaitu Conditioning Physical Preparation dan Basic Strength sebelum mula mengikuti latihan sukan masing - masing yang bermula pada jam 10.30am. Latihan mengikut sukan masing - masing bersambung semula selepas makan tenghari.
pada sebelah malam, atlet -atlet terlibat di dalam perjumpaan bersama Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin, yang juga turut disertai oleh Ketua Unit Pelapis Negeri Cawangan Pelapis, En. Mohd Yazid Shuib dan Pemangku Ketua Unit Prestasi Tinggi Negeri Pahang, En. Syamsudin Sukemi. Perjumpaan hanya mengambil masa 15 minit dan Pengarah Cawangan Pelapis mengadakan perjumpaan bersama jurulatih - jurulatih After School Program untuk mendapat maklum balas mengenai program ini.

HARI KEDUA KEM 'AFTER SCHOOL PROGRAM' 2012
Salam
Hari kedua Kem 'After School Program' 2012 melibatkan aktiviti multilateral bagi semua atlet dari keempat - empat sukan ( Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga). Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling asas dalam sukan. Di antara latihan yang dijalankan adalah:
1. Basic Training
2. Dynamic Warm Up
3. Games Warm Up
4. Basic Coordination Walks/Running
5. Basic Coordination Jumps
Bagi jurulatih pula, sesi ceramah mengenai Prinsip Latihan Dari Perspektif Multilateral dijalankan untuk memastikan semua jurulatih yang terlibat mendapat ilmu dan pengetahuan yang betul di dalam asas sukan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Man Shahar.
Pada sesi malam, atlet - atlet menjalani aktiviti Latihan di dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator yang telah dilantik bagi memastikan semangat kesukanan dan semangat setiakawan lahir dalam diri setiap atlet - atlet After School Program.
Sekian Terima kasih.

Monday, November 19, 2012
HARI PERTAMA KEM 'AFTER SCHOOL PROGRAM' 2012
TEMPAT: SEKOLAH SUKAN MALAYSIA GAMBANG
TARIKH: 18-23 NOVEMBER 2012
JUMLAH PESERTA : 119 ATLET
PECAHAN MENGIKUT NEGERI:
1. PERLIS- 2 ORANG
2. KEDAH-10 ORANG
3. P.PINANG - 7 ORANG
4. PERAK - 16 ORANG
5. SELANGOR - 15 ORANG
6. NEGERI SEMBILAN - 18 ORANG
7. JOHOR - 9 ORANG
8. TERENGGANU - 16 ORANG
9. KELANTAN - 9 ORANG
10. SABAH - 17 ORANG
SUKAN YANG TERLIBAT:
1. ANGKAT BERAT
2. BERBASIKAL
3. MEMANAH
4. OLAHRAGA
AKTIVITI BERMULA DENGAN TAKLIMAT DARIPADA PIHAK URUSETIA DAN PIHAK SEKOLAH MENGENAI PERJALANAN AKTIVITI SEPANJANG KEM DAN PERATURAN DI ASRAMA. PADA SEBELAH MALAM PULA AKTIVITI ICE BREAKING DIJALANKAN SEBAGAI 'WARM UP BAGI SEMUA ATLET YANG MENYERTAI KEM INI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Subscribe to:
Posts (Atom)