Monday, September 23, 2013

MESYUARAT PENYELARASAN MANUAL LATIHAN BAGI PROGRAM " AFTER SCHOOL PROGRAM "

Sebagai langkah bagi mengukuhkan program latihan Program ASP di peringkat negeri, satu Mesyuarat Penyelarasan Manual Latihan telah diadakan seperti berikut :

Tarikh : 18 September 2013
Masa  :  10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Dahlia, MSNM

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Cawangan Pelapis antara lain membincangkan berkaitan keperluan mewujudkan manual asas latihan bagi dipraktikkan oleh semua jurulatih program ini di peringkat negeri. Mesyuarat ini juga turut menjemput wakil dari Cawangan Kejurulatihan MSNM. Sebagai permulaan 4 panel jurulatih bagi sukan Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga telah dilantik dan akan merangka manual asas yang akan melibatkan 6 komponen iaitu :

1 ) Pengenalan Sukan
2 ) Latarbelakang / Sejarah Sukan
3 ) Komponen Asas TID
4 ) Komponen Asas Kecergasan
5 ) Teknik Asas Latihan
6 ) Aspek Pertandingan

Diharapkan dengan gerak kerja bagi penyediaan manual asas latihan ini akan dapat mengukuhkan pelaksanaan program ini di peringkat negeri.





Thursday, September 5, 2013

MAKLUMAT AFTER SCHOOL PROGRAM 2013

Program ' After School Program ' yang berfungsi sebagai program penggalakan sukan di peringkat akar umbi diteruskan pada tahun 2013. Program yang diperkenalkan pada tahun 2012 ini mirip kepada program pembangunan sukan yang digunapakai di Australia. Melalui konsep ini Unit Sukan Prestasi Tinggi ( USPTN ) di seluruh negara akan bertindak sebagai pelaksana bagi memastikan PLN sedia ada tidak ketandusan bakat - bakat baru. Pelaksanaan program pada tahun 2013 akan bermula dari Bulan Jun sehingga Disember 2013 yang akan melibatkan 6 sukan, 38 pusat latihan, 42 lantikan Jurulatih Separuh Masa ( JSM ) dan jumlah pendaftaran atlet ialah sebanyak 499 orang yang melibatkan pecahan 256 orang atlet lelaki dan 243 orang atlet wanita.Berikut ialah merupakan butiran program bagi tahun 2013 :