Tuesday, September 30, 2014

PELANCARAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA

Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Kompleks MSN Setiawanga

Sempena pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa, Cawangan Pelapis MSNM telah menganjurkan satu Klinik Pengenalan bagi Sukan Renang, Badminton dan Olahraga Bil 02/ 2014. Klinik ini dikendalikan oleh Cawangan Pelapis MSNM dengan kekuatan seramai 18 orang pegawai dan 6 orang pembantu tadbir dibantu oleh beberapa SDO dan pembantu tadbir dari USPTN Wilayah Persekutuan.

Klinik Pengenalan Sukan pada kali ini disertai seramai 62 orang bagi sukan olahraga, 97 orang bagi sukan renang dan 104 bagi sukan badminton dengan jumlah keseluruhan 263 orang telah mendaftar. Ini merupakan satu lagi kejayaan kerana telah berjaya menarik minat ramai ibubapa untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada sukan di peringkat akar umbi lagi.

Pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa ini disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, En.Khairy Jamaluddin. Setelah pelancaran, YB Encik Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan ke setiap stesen sukan bagi menyaksikan sendiri kemeriahan program ini. Bagi stesen-stesen sukan Program Penggalakan Sukan diselia oleh Pegawai Cawangan Pelapis dengan bantuan dari Pegawai Pembangunan Negeri USPTN WP Kuala Lumpur serta atlet-atlet dari program Pelapis Kebangsaan.

Selain itu, terdapat juga pengisian program lain semasa pelancaran ini seperti klinik sukan bolasepak, pertandingan mewarna, pameran dari pihak Institut Sukan Negara, dan juga gerai-gerai jualan. Satu perlawanan futsal diadakan antara pasukan parlimen Setiawangsa bertemu pasukan yang disertai oleh YB En. Khairy Jamaluddin. Perlawanan persahabatan ini disaksikan sendiri oleh para pengunjung termasuk ibu bapa dan kanak-kanak yang datang ke pelancaran ini.

Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan baik. Diharap agar melalui program Klinik Pengenalan Sukan ini lebih ramai atlet-atlet berbakat akan lahir untuk menggantikan atlet-atlet yang sedia ada di masa hadapan.

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa pada 14 Jun 2014 yang lalu dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin.

Sunday, September 28, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN SUKAN RENANG PPS

Tarikh : 28.09.2014 (Ahad)
Masa   : 8.30 pagi - 10.30 pg
Tempat : Kompleks MSN Setiawangsa

1. En. Salman - Jurulatih 
2. En. Ardi - Jurulatih
3. En. Faizul Izwan - Jurulatih
4. En. Mohd Isa - Jurulatih
5. 30 orang atlet

LATIHAN
Latihan dijalankan seperti biasa. Atlet didedahkan kepada latihan asas sukan renang.

KECEDERAAN
Tiada Sebarang Kecederaan

PERALATAN
Peralatan asas diperlukan seperti kick board.

PROGRAM BINAAN
Tiada Program Binaan

ULASAN
1. Latihan telah berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
2. Kehadiran kurang memuaskan kerana ada program di beberapa sekolah.
3. Kebanyakkan atlet menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi.
LAPORAN OLEH,
MOHD AZRI HEIKAL B ABD LATIF
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPTN WP

Monday, September 22, 2014

JADUAL LATIHAN PROGRAM PPS DI KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA

Berikut merupakan jadual latihan Program Pengalakkan Sukan (PPS) yang terlibat di Kompleks MSN Setiawangsa :

SUKAN
SABTU
AHAD
AKUATIK RENANG
5.00 - 7.00 Petang
8.30 - 10.30 Pagi
BADMINTON
11.00 - 1.00 Petang
8.30 - 10.30 Pagi
OLAHRAGA
8.00 - 10.00 Pagi
8.00 - 10.00 Pagi

Jurulatih yang mengendalikan jadual latihan bagi setiap sukan ialah :

1. Sukan Akuatik Renang
    - Jurulatih              : En Sharulhaizy Ab Rahman
    - Bayaran              : Percuma
    - Bilangan atlet    : 19 orang

2. Sukan Badminton 
    - Jurulatih              : i) En Salman b Hj.  Rajikin  
                                    ii) En Ardi b. Dullam
    - Bayaran              : RM 50.00 sebulan (8 sesi)
    - Bilangan atlet     : 103  orang
 
3. Sukan Olahraga
    - Jurulatih                :  i)  En Abdul  Halim  Abu Bakar 
                                      ii) Che Ahmad Syahmi B Che Husin
    - Bayaran                : RM 50.00 (8 sesi)
    - Bilangan atlet       : 70 orang

Bayaran yang dikenakan bagi sukan renang dan badminton adalah untuk menanggung kos sewaan pusat latihan dan pembelian peralatan seperti bulu tangkis.

Untuk sementara waktu, kolam renang di Kompleks MSN Setiawangsa ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja menaik taraf kolam. Kerja menaik taraf ini dijangkakan akan siap pada 1 Oktober 2014.

Monday, September 8, 2014

KLINI PENGENALAN SUKAN ANGKAT BERAT

Tarikh           : 6 September 2014
Tempat         : SMK Rantau Panjang, Klang
Masa             : 10 pagi - 5 petang
Penyertaan  : 500 pelajar

Program ini dijalankan bagi memilih atlet yang berusia 13 dan 14 tahun ini bagi penubuhan Pusat Latihan Program Pengalakkan Sukan (PPS) bagi menggantikan Pusat Latihan di SMK Meru, Klang.

Jurulatih Sepenuh Masa, En Naharuddin dibantu oleh JSM En Fadzlan serta 3 orang atlet menjayakan program ini. Program ini dimulakan dengan mempelajari teknik regangan dan seterusnya demo angkatan dari atlet negeri. 

Adalah diharapkan pusat latihan yang bakal ditubuhkan ini dapat melahirkan bakat yang berpotensi di masa akan datang.

LAPORAN OLEH,
NORAZIZAM MOHAMAD
PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI
USPTN SELANGOR