Salam
Permulaan hari ketiga bermula dengan aktiviti setiap pagi iaitu perhimpunan pagi seawal jam 6.30am ini bagi bertujuan mendisplinkan atlet yang selain itu dapat menanamkan semangat cintakan negara. Selepas sarapan pagi atlet - atlet menyambung kembali aktiviti multilateral iaitu Conditioning Physical Preparation dan Basic Strength sebelum mula mengikuti latihan sukan masing - masing yang bermula pada jam 10.30am. Latihan mengikut sukan masing - masing bersambung semula selepas makan tenghari.
pada sebelah malam, atlet -atlet terlibat di dalam perjumpaan bersama Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin, yang juga turut disertai oleh Ketua Unit Pelapis Negeri Cawangan Pelapis, En. Mohd Yazid Shuib dan Pemangku Ketua Unit Prestasi Tinggi Negeri Pahang, En. Syamsudin Sukemi. Perjumpaan hanya mengambil masa 15 minit dan Pengarah Cawangan Pelapis mengadakan perjumpaan bersama jurulatih - jurulatih After School Program untuk mendapat maklum balas mengenai program ini.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment