Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Kompleks MSN Setiawanga
Sempena pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa, Cawangan Pelapis MSNM telah menganjurkan satu Klinik Pengenalan bagi Sukan Renang, Badminton dan Olahraga Bil 02/ 2014. Klinik ini dikendalikan oleh Cawangan Pelapis MSNM dengan kekuatan seramai 18 orang pegawai dan 6 orang pembantu tadbir dibantu oleh beberapa SDO dan pembantu tadbir dari USPTN Wilayah Persekutuan.
Klinik Pengenalan Sukan pada kali ini disertai seramai 62 orang bagi sukan olahraga, 97 orang bagi sukan renang dan 104 bagi sukan badminton dengan jumlah keseluruhan 263 orang telah mendaftar. Ini merupakan satu lagi kejayaan kerana telah berjaya menarik minat ramai ibubapa untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada sukan di peringkat akar umbi lagi.
Pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa ini disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, En.Khairy Jamaluddin. Setelah pelancaran, YB Encik Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan ke setiap stesen sukan bagi menyaksikan sendiri kemeriahan program ini. Bagi stesen-stesen sukan Program Penggalakan Sukan diselia oleh Pegawai Cawangan Pelapis dengan bantuan dari Pegawai Pembangunan Negeri USPTN WP Kuala Lumpur serta atlet-atlet dari program Pelapis Kebangsaan.
Selain itu, terdapat juga pengisian program lain semasa pelancaran ini seperti klinik sukan bolasepak, pertandingan mewarna, pameran dari pihak Institut Sukan Negara, dan juga gerai-gerai jualan. Satu perlawanan futsal diadakan antara pasukan parlimen Setiawangsa bertemu pasukan yang disertai oleh YB En. Khairy Jamaluddin. Perlawanan persahabatan ini disaksikan sendiri oleh para pengunjung termasuk ibu bapa dan kanak-kanak yang datang ke pelancaran ini.
Pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa ini disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, En.Khairy Jamaluddin. Setelah pelancaran, YB Encik Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan ke setiap stesen sukan bagi menyaksikan sendiri kemeriahan program ini. Bagi stesen-stesen sukan Program Penggalakan Sukan diselia oleh Pegawai Cawangan Pelapis dengan bantuan dari Pegawai Pembangunan Negeri USPTN WP Kuala Lumpur serta atlet-atlet dari program Pelapis Kebangsaan.
No comments:
Post a Comment