Monday, November 26, 2012

HARI KELIMA KEM 'AFTER SCHOOL PROGAM' 2012

Salam

Bagi hari kelima Kem 'After School Program 2012', semua atlet menjalani ujian yang dikendalikan oleh Ketua Jurulatih sukan masing - masing. Ujian dijalankan selama 2 sesi iaitu 8.00am hingga 10.00 am dan 10.30am hingga 12.30pm. Pada sebelah petang, bermula jam 4.30pm hingga 6.00pm aktiviti telematch dijalankan di bawah kendalian instruktor luar. Pada mulanya aktiviti ini dijalankan di trek latihan olahraga tetapi memandangkan cuaca tidak mengizinkan, aktiviti ini dipindahkan di dalam Dewan Utama. 

Selesai aktiviti telematch, sesi penyampaian hadiah diadakan sebagai penutup kem ASP 2012 kerana atlet - atlet dari negeri Kedah dan Kelantan akan bergerak pulang. Bagi sesi penyampaian hadiah, pemenang bagi setiap sukan diumumkan dan johan bagi aktiviti berkumpulan. Berikut adalah senarai nama pemenang:

Individu
1. Angkat Berat - Mohd Akmal Shazren
2. Berbasikal - Zulhilmi Hadi
3. Memanah - Nursyahirah Nadia
4. Olahraga - Mohd Alif Alfian

Kumpulan:
1. Kumpulan Jaguar
2. Kumpulan Cheetah
3. Kumpulan Tiger

Sekian, terima kasih.






















No comments:

Post a Comment