20 Oktober 2014
Hari kedua bengkel diteruskan mulai jam 8:00 pagi dengan pecahan mengikut sukan masing-masing iaitu Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga dimana sesi ini bertumpu kepada penyediaan Modul Latihan Asas.
Sukan Angkat Berat
Sesi pada sebelah pagi bermula dengan pembentangan oleh En. Mohd Nor Osman dimana beliau menekan tentang teknik asas sukan Angkat Berat seperti teknik "Snatch" dan "Clean & Jerk" serta memberi pendekatan teknik yang mudah difahami oleh atlet baru. Beliau juga melaku demontrasi teknik-teknik tersebut.
Pada sebelah petang ketua jurulatih memberi penerangan berkaitan cara penyediaan atlet dari segi fizikal, mental dan kemahiran serta cara mengendalikan peralatan. Beliau juga menyentuh serba sedikit tentang jadual latihan yang sistematik dan juga penganjuran kejohanan.
Sukan Berbasikal
Pada sebelah pagi, En. Suod telah menerangkan mengenai serba sedikit tentang penyediaan modul Latihan kepada semua jurulatih yang hadir. Beliau juga menyentuh tentang penyediaan atlet sebelum latihan dan juga peralatan asas untuk berbasikal.
Sesi petang diteruskan dengan membentangkan jadual latihan dan intipati program latihan asas.
Sukan Memanah
Pada hari kedua, terdapat penambahan 3 orang jurulatih menjadi jumlah jurulatih memanah seramai 15 orang.
Sesi pagi bermula dengan pembentangan oleh En. Muhammad Marbawi tentang teknik asas sukan Memanah seperti cara berdiri, mencangkuk tali, tarikan penuh, cara membidik dan tindakan susulan serta langkah-langkah asas yang lain. Beliau juga memberi penerangan cara untuk menyelenggarakan peralatan seperti cara untuk memasang dan bow tuning yang asas.
Sesi petang dikendalikan oleh En. Norizam dimana beliau menekan pada penyediaan atlet dari segi fizikal, kemahiran, mental dan peralatan serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Sukan Olahraga
Sesi pagi mula jam 8:00 pagi dimana En. Manshahar memberi penerangan bagi penyediaan Modul Latihan Asas lebih terarah kepada teknik-teknik asas seperti larian, balingan dan lompatan. Beliau juga menitik beratkan tentang konsep latihan asas yang dibahagi kepada 5 peringkat iaitu Multi Literal Development (7-9 tahun), Multi Literal Training (10-15 tahun), Build-up (16-17 tahun), Junior/Elit (17-19 tahun) dan High Performance (20 tahun keatas).
Dalam pembentangan beliau telah menekankan pada 3 sistem kejurulatihan iaitu escort, partnership dan transfer system. Beliau juga menekankan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
Kesemua pembentangan tamat pada jam 6:30 petang dan bersambung pada keesokkan hari pada jam 9:00 pagi.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
No comments:
Post a Comment