19hb Oktober 2014
Hari ini merupakan hari pertama Bengkel Jurulatih Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan satu Modul Latihan Asas yang boleh diguna pakai oleh semua pusat latihan dibawah Program PPS ini serta memberi serba sedikit maklumat tentang hala tuju Program PPS.
Seramai 62 orang jurulatih telah didaftarkan dalam Program PPS diseluruh negara yang melibatkan 6 sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal, Memanah, Olahraga, Gimnastik Artistik, Gimrama serta 2 sukan khas iaitu Renang dan Badminton (hanya di Kompleks MSN Setiawangsa). Pada bengkel kali ini hanya melibatkan 4 sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga.
45 dari 62 orang jurulatih telah mengesahkan kehadiran awal walaubagaimana pun pada hari pendaftaran hanya 41 jurulatih yang dapat hadir untuk Bengkel Jurulatih ini. Pecahan jurulatih ada berikut:
a). Sukan Angkat Berat - 13 jurulatih
b). Sukan Berbasikal - 4 jurulatih
c). Sukan Memanah - 16 jurulatih
d). Sukan Olahraga - 8 jurulatih
Setiap USPTN juga menghantar seorang SDO untuk menyertai bengkel jurulatih ini. Mereka terdiri dari:
1. Cik Amalina Adznan - Perlis
2. En. Muhammad Syahir - Kedah
3. En. Mohd Suhaimi - P. Pinang
4. En . Shahdan - Perak 5. En. Norazizam - Selangor
6. Puan Roshidayu - K. Lumpur
7. En. Muzafar - N. Sembilan
8. En. Muhammad Akhbar - Melaka
9. En. Edzamry Ambia - Johor
10. Puan Norsuhaini - Pahang
11. Puan Sofia Ilani - Kelantan
12. En. S. M Syakir - Terengganu
13. En. Mohd Safwan - Sabah
14. En. Mohamad Ikmal - Sarawak
5 orang jurulatih bertauliah turut dijemput untuk membantu mengetuai penyediaan Modul Latihan Asas iaitu:
Sukan Angkat Berat
1. En. Nordin Jusoh - Pelapis Serantau 2. En. Mohd Nor Osman - PLN Kedah
Sukan Berbasikal
1. En. Suod Hussein - P. Kebangsaan
Sukan Memanah
1. En. Mohd Marbawi - Program Elit 2. En. Norizam Ishak - Program Elit
Sukan Olahraga
1. En. Manshahar - Program Elit
2. En. Trapadi - Program Elit
Bengkel Jurulatih ini bermula pada jam 3:00 petang dengan taklimat Hala tuju Program PPS oleh En. Rashid Ramli, Ketua Unit Pelapis Negeri dan di ikuti oleh Ucaptama dari En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis.
Sesi sebelah malam bermula pada jam 8:30 malam dan dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut sukan. Sesi ini adalah sesi suai kenal dan penerangan sedikit tentang penyediaan modul diketuai oleh Ketua Jurulatih sukan masing-masing.
Esok (20 Oktober 2014) akan bermula penyediaan Modul Latihan Asas mengikut sukan bermula jam 8:30 pagi.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM
No comments:
Post a Comment