Salam
Hari kedua Kem 'After School Program' 2012 melibatkan aktiviti multilateral bagi semua atlet dari keempat - empat sukan ( Angkat Berat, Berbasikal, Memanah dan Olahraga). Aktiviti ini adalah aktiviti yang paling asas dalam sukan. Di antara latihan yang dijalankan adalah:
1. Basic Training
2. Dynamic Warm Up
3. Games Warm Up
4. Basic Coordination Walks/Running
5. Basic Coordination Jumps
Bagi jurulatih pula, sesi ceramah mengenai Prinsip Latihan Dari Perspektif Multilateral dijalankan untuk memastikan semua jurulatih yang terlibat mendapat ilmu dan pengetahuan yang betul di dalam asas sukan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Jurulatih Olahraga Kebangsaan, Man Shahar.
Pada sesi malam, atlet - atlet menjalani aktiviti Latihan di dalam kumpulan yang dikendalikan oleh fasilitator yang telah dilantik bagi memastikan semangat kesukanan dan semangat setiakawan lahir dalam diri setiap atlet - atlet After School Program.
Sekian Terima kasih.
No comments:
Post a Comment