Saturday, November 22, 2014

BENGKEL JURULATIH PROGRAM PENGGALAKKAN SUKAN ( PPS ) 2014 : HARI KEDUA

20 Oktober 2014

Hari kedua bengkel diteruskan mulai jam 8:00 pagi dengan pecahan mengikut sukan masing-masing iaitu Angkat Berat,  Berbasikal, Memanah dan Olahraga dimana sesi ini bertumpu kepada penyediaan Modul Latihan Asas.

Sukan Angkat Berat
Sesi pada sebelah pagi bermula dengan pembentangan oleh En. Mohd Nor Osman dimana beliau menekan tentang teknik asas sukan Angkat Berat seperti teknik "Snatch" dan "Clean & Jerk" serta memberi pendekatan teknik yang mudah difahami oleh atlet baru. Beliau juga melaku demontrasi teknik-teknik tersebut.

Pada sebelah petang ketua jurulatih memberi penerangan berkaitan cara penyediaan atlet dari segi fizikal, mental dan kemahiran serta cara mengendalikan peralatan. Beliau juga menyentuh serba sedikit tentang jadual latihan yang sistematik dan juga penganjuran kejohanan.

Sukan Berbasikal
Pada sebelah pagi, En. Suod telah menerangkan mengenai serba sedikit tentang penyediaan modul Latihan kepada semua jurulatih yang hadir. Beliau juga menyentuh tentang penyediaan atlet sebelum latihan dan juga peralatan asas untuk berbasikal.

Sesi petang diteruskan dengan membentangkan jadual latihan  dan intipati  program latihan asas.

Sukan Memanah
Pada hari kedua,  terdapat penambahan 3 orang jurulatih menjadi jumlah jurulatih memanah seramai 15 orang.

Sesi pagi bermula dengan pembentangan oleh En. Muhammad Marbawi tentang teknik asas sukan Memanah seperti cara berdiri, mencangkuk tali, tarikan penuh, cara membidik dan tindakan susulan serta langkah-langkah asas yang lain. Beliau juga memberi penerangan cara untuk menyelenggarakan peralatan seperti cara untuk memasang dan bow tuning yang asas.
Sesi petang dikendalikan oleh En. Norizam dimana beliau menekan pada penyediaan atlet dari segi fizikal, kemahiran,  mental dan peralatan serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum,  semasa dan selepas pertandingan.

Sukan Olahraga
Sesi pagi mula jam 8:00 pagi dimana En. Manshahar memberi penerangan bagi penyediaan Modul Latihan Asas lebih terarah kepada teknik-teknik asas seperti larian, balingan dan lompatan. Beliau juga menitik beratkan tentang konsep latihan asas yang dibahagi kepada 5 peringkat iaitu Multi Literal Development (7-9 tahun), Multi Literal Training (10-15 tahun), Build-up (16-17 tahun), Junior/Elit (17-19 tahun) dan High Performance (20 tahun keatas).

Dalam pembentangan beliau telah menekankan pada 3 sistem kejurulatihan iaitu escort, partnership dan transfer system. Beliau juga menekankan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum,  semasa dan selepas pertandingan.

Kesemua pembentangan tamat pada jam 6:30 petang dan bersambung pada keesokkan hari pada jam 9:00 pagi.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

BENGKEL JURULATIH PROGRAM PENGGALAKKAN SUKAN ( PPS ) 2014 : HARI PERTAMA

19hb Oktober 2014

Hari ini merupakan hari pertama Bengkel Jurulatih Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menyediakan satu Modul Latihan Asas yang boleh diguna pakai oleh semua pusat latihan dibawah Program PPS ini serta memberi serba sedikit maklumat tentang hala tuju Program PPS.

Seramai 62 orang jurulatih telah didaftarkan dalam Program PPS diseluruh negara yang melibatkan 6 sukan iaitu Angkat Berat,  Berbasikal,  Memanah, Olahraga, Gimnastik Artistik, Gimrama serta 2 sukan khas iaitu Renang dan Badminton (hanya di Kompleks MSN Setiawangsa). Pada bengkel kali ini hanya melibatkan 4 sukan iaitu Angkat Berat,  Berbasikal,  Memanah dan Olahraga.

45 dari 62 orang jurulatih telah mengesahkan kehadiran awal walaubagaimana pun pada hari pendaftaran hanya 41 jurulatih yang dapat hadir untuk Bengkel Jurulatih ini. Pecahan jurulatih ada berikut:

a). Sukan Angkat Berat - 13 jurulatih
b). Sukan Berbasikal - 4 jurulatih 
c). Sukan Memanah - 16 jurulatih 
d). Sukan Olahraga - 8 jurulatih

Setiap USPTN juga menghantar seorang SDO untuk menyertai bengkel jurulatih ini. Mereka terdiri dari:
1. Cik Amalina Adznan - Perlis
2. En. Muhammad Syahir - Kedah  
3. En. Mohd Suhaimi - P. Pinang 
4. En . Shahdan - Perak 5. En. Norazizam - Selangor 
6. Puan Roshidayu - K. Lumpur 
7. En. Muzafar - N. Sembilan 
8. En. Muhammad Akhbar - Melaka 
9. En. Edzamry Ambia - Johor 
10. Puan Norsuhaini - Pahang 
11. Puan Sofia Ilani - Kelantan 
12. En. S. M Syakir - Terengganu 
13. En. Mohd Safwan - Sabah 
14. En. Mohamad Ikmal - Sarawak

5 orang jurulatih bertauliah turut dijemput untuk membantu mengetuai penyediaan Modul Latihan Asas iaitu:

Sukan Angkat Berat
1. En. Nordin Jusoh - Pelapis Serantau 2. En. Mohd Nor Osman - PLN Kedah

Sukan Berbasikal
1. En. Suod Hussein - P. Kebangsaan

Sukan Memanah
1. En. Mohd Marbawi - Program Elit 2. En. Norizam Ishak - Program Elit

Sukan Olahraga
1. En. Manshahar - Program Elit 
2. En. Trapadi - Program Elit

Bengkel Jurulatih ini bermula pada jam 3:00 petang dengan taklimat Hala tuju Program PPS oleh En. Rashid Ramli, Ketua Unit Pelapis Negeri dan di ikuti oleh Ucaptama dari En. Jefri Ngadirin, Pengarah Cawangan Pelapis.

Sesi sebelah malam bermula pada jam 8:30 malam dan dipecahkan kepada 4 kumpulan mengikut sukan. Sesi ini adalah sesi suai kenal dan penerangan sedikit tentang penyediaan modul diketuai oleh Ketua Jurulatih sukan masing-masing.

Esok (20 Oktober 2014) akan bermula penyediaan Modul Latihan Asas mengikut sukan bermula jam 8:30 pagi.
LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Tuesday, November 4, 2014

KLINIK PENGENALAN PLN TENIS - PERLIS

TARIKH : 05 November 2014
TEMPAT : SK Sena
MASA : 9.00 pagi

KEHADIRAN
1. JSM Hazeeq 
2. JSM Ruhil
3. JSM Faizal
4. 50 orang pelajar

UJIAN
1. Standing Broad Jump
2. Shuttle Run (5x10m)
3. Steal Ball From Racquet
4. Throw Ball Into The Cone
5. Hocket Tennis
6. Forehand

PROGRAM BINAAN
- Tour Tenis di SK Jalan Raja Syed Alwi pada 06 November 2014

ULASAN
1. Klinik yang dijalankan hari ini adalah siri kedua selepas diadakan di SK Bintong pada 28-29 Oktober yang lepas.

2. Sekolah ini merupakan sekolah cluster Negeri Perlis dan mereka memberikan komitmen yang baik dalam penganjuran klinik hari ini.

3. Program bermula seawal 8.30 pagi dengan pelajar darjah 1 dan 2 diberi pelepasan oleh pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti ini.

4. Seramai 50 orang pelajar telah didedahkan dengan beberapa teknik asas di dalam sukan tenis. 

5. Ujian TID Am juga dijalankan sambil dibantu oleh bekas-bekas pemain tenis Negeri Perlis.

6. Pihak sekolah juga merasa gembira dengan aktiviti yang dijalankan hari ini dan esok 'Tour' ini akan diteruskan di SK Jalan Raja Syed Alwi manakala pada 12 & 13 November di SJK (C) Khoon Aik dan SK Behor Empiang.

Sekian,terima kasih
















Tuesday, September 30, 2014

PELANCARAN KOMPLEKS MSN SETIAWANGSA

Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Kompleks MSN Setiawanga

Sempena pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa, Cawangan Pelapis MSNM telah menganjurkan satu Klinik Pengenalan bagi Sukan Renang, Badminton dan Olahraga Bil 02/ 2014. Klinik ini dikendalikan oleh Cawangan Pelapis MSNM dengan kekuatan seramai 18 orang pegawai dan 6 orang pembantu tadbir dibantu oleh beberapa SDO dan pembantu tadbir dari USPTN Wilayah Persekutuan.

Klinik Pengenalan Sukan pada kali ini disertai seramai 62 orang bagi sukan olahraga, 97 orang bagi sukan renang dan 104 bagi sukan badminton dengan jumlah keseluruhan 263 orang telah mendaftar. Ini merupakan satu lagi kejayaan kerana telah berjaya menarik minat ramai ibubapa untuk mendedahkan anak-anak mereka kepada sukan di peringkat akar umbi lagi.

Pelancaran Kompleks MSN Setiawangsa ini disempurnakan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia, En.Khairy Jamaluddin. Setelah pelancaran, YB Encik Khairy Jamaluddin telah membuat lawatan ke setiap stesen sukan bagi menyaksikan sendiri kemeriahan program ini. Bagi stesen-stesen sukan Program Penggalakan Sukan diselia oleh Pegawai Cawangan Pelapis dengan bantuan dari Pegawai Pembangunan Negeri USPTN WP Kuala Lumpur serta atlet-atlet dari program Pelapis Kebangsaan.

Selain itu, terdapat juga pengisian program lain semasa pelancaran ini seperti klinik sukan bolasepak, pertandingan mewarna, pameran dari pihak Institut Sukan Negara, dan juga gerai-gerai jualan. Satu perlawanan futsal diadakan antara pasukan parlimen Setiawangsa bertemu pasukan yang disertai oleh YB En. Khairy Jamaluddin. Perlawanan persahabatan ini disaksikan sendiri oleh para pengunjung termasuk ibu bapa dan kanak-kanak yang datang ke pelancaran ini.

Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan baik. Diharap agar melalui program Klinik Pengenalan Sukan ini lebih ramai atlet-atlet berbakat akan lahir untuk menggantikan atlet-atlet yang sedia ada di masa hadapan.